|
Kentang Panggang
Kentang Panggang
Resipi Sumbangan:
Farah Fatiny Haji Hassani
Bahan-bahan:
1 kg kentang
2 sudu besar yoghurt
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
4 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
1 sudu besar jintan halus
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Kupas kulit kentang dan bersihkan.
2. Campur kesemua bahan lain hingga rata dan lumurkan pada kentang.
3. Masukkan ke dalam ketuhar dan panggang hingga empuk.
|