CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Cucur Lumik Melanau Enak

Cucur Lumik Melanau Enak

Resipi Sumbangan: Tamary

Ingredients:
1 kg Ikan Lumik
2 btg cili merah
1 cawan tepung gandum
sedikit lada sulah
1/3 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil ajinomoto
1/2 kilo minyak masak
1/2 sudu kecil tepung kunyit


Cara membuatnya:


1.Bersihkan ikan, buangkan kepala, ekor dan tulang tengah ikan dan diambil isinya. Kisarkan isi ikan bersama cili.

2. Masuk isi ikan tadi ke dalam mangkuk, gaulkan bersama lada sulah, garam, ajinomoto dan tepung kunyit. Biarkan selama 5 minit.

3. Masuk tepung gandum kedalam adunan sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.

4. Panaskan minyak kedalam kuali, gulungkan secara bentuk bulat kecil dan goreng hingga kekuningan /masak.

5. Boleh dihidangkan. Enak dihidang secara panas bersama sos cili.

Anggaran: Untuk 4 orang.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.