CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Kek Epal Kek Epal
Resipi sumbangan: Lai Chea Jin

Bahan-Bahannya:

Mentega 100g
Gula 40g
Kuning Telur 2 biji
Parutan Kulit lImau ½ sudu teh
Putih Telur 2 biji
Gula 30g
Tepung gandum 100g
Baking Powder ¼ sudu teh
Serbuk kayu manis ¼ sudu teh
Epal 1 biji


Cara Membuatnya:

1. Griskan acuan dengan mentega dan tepung. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk kayu manis 3 kali. Epal dipotong dadu ½ cm.

2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, parutan kulit limau, epal dan gaul sebati.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang.

4. Masukkan sedikit adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan gaul sebati.

5. Masukkan 1/2 daripada tepung dan gaul sebati.

6. Masukkan baki tepung dan baki adunan putih telur dan gaul sebati.

7. Bakar dengan 140°c selama 30-40 minit.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.