|
Bubur Sagu
Bubur Sagu
Resipi sumbangan: Norzihan Abdullah
Bahan - bahan:
1/2 paket biji sagu
1/2 biji kelapa (diambil santan)
2 helai daun pandan
1/2 buku gula melaka
sedikit halba
sedikit garam
Cara membuatnya:-
1. Biji sagu dibancuh dengan air suam, jadikan doh
2. Panaskan santan bersama daun pandan, halba, gula melaka dan garam. Biarkan
mendidih
3. Biji sagu tadi dibulat-bulatkan seperti guli dan masukkan sebiji demi sebiji
4. Kacau perlahan supaya tidak melekat. Buat sampai adunan habis.
5. Siap dan boleh dihidang.
|