CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Ayam Bercili Masam dengan Halia

Ayam Bercili Masam dengan Halia
Resipi sumbangan: Ama Anak Nujek

Bahan-bahan:
1 bungkus kempahan Itik (5 spices)bercili dengan Plum Maggi 200ml (1 cawan air)
1 kg ayam dipotong keping-keping
1 camca besar Minyak masak
2 ulas bawang putih, di cincang
10 sm halia muda, dihiris berkeping-keping
1 tangkai cili merah besar, di dadu
1 batang daun bawang, dipotong
4 sm panjang.
Daun Salad & 3 Ringgit buah gajus yang sudah di goreng ranggup.


Cara membuatnya :
1. Gaul rempah Maggi bersama air di dalam mangkuk dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan goreng bawang putih serta halia hingga kekuningan.

3. Masukkan ayam dan goreng 5 minit.

4. Masukkan campuran rempahan itik bercili dengan Plim Maggi dan masak hingga mendidih.

5. Kecilkan api dan renih 25 minit, kacau sekali-sekala hingga ayam masak dan kuah pekat.

6. Masukkan cili besar, jika digunakan, dan masak seminit lagi. Masukkan daun bawang dan angkat dari api.

7. Sendukkan ke atas daun salad dan tabur kacang jagus hidangan bersama nasi biasa atau nasi goreng.

(Hidangan ini cukup untuk lapan orang)


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.