CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Ikan Pari Panggang Ibnu Mahdi

Ikan Pari Panggang Ibnu Mahdi

Resipi sumbangan: Siti Suhaila Majdi

Bahan-bahan:
1 kg ikan pari atau sebelah ikan pari sederhana besar
1 inci belacan
¸ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam dan bahan perasa

Bahan untuk dikisar
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 inci lengkuas
1 batang serai

Bahan untuk pencecah
10 biji cili padi
4 ulas bawang putih
Kicap
Gula
3 biji limas kasturi


Cara membuatnya :
1. Ikan pari dibersihkan dan dipotong ikut suka atau dipotong panjang.

2. Kemudian kisar bahan-bahan untuk dikisar dengan blender.

3. Kemudian campurkan dengan ikan pari tadi.

4. Belacan dibancuh dengan sedikir air dan dicampur dengan ikan pari tadi juga. Letak sedikit garam, serbuk kunyit dan bahan perasa. Kemudian perap selama 1 jam.

5. Panggang ikan sehingga masak.

6. Untuk pencecah, gorengkan bawang putih dengan sedikit minyak hingga agak kuning sedikit. Angkat dan toskan.

7. Kemudian tumbuk cili padi, bawang putih yang telah digoreng sebentar tadi dan sesudu gula sehingga lumat. Letakkan di dalam bekas dan campurkan dengan kicap dan jus limau kasturi.

8. Cecah ikan pari panggang tadi dengan pencecah yang telah disediakan. Sesuai sebagai menu tambahan untuk majlis BBQ.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.