CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Ayam Honey Dew Ayam Honey Dew

Recipe Contributor: Manja Sari

Bahan A

2 keping dada ayam - dihiris ikut suka, dibersihkan dan ditoskan
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu tepung jagung
lada putih - secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B

3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
1/2 biji buah honey dew - dipotong kiub
1 sudu makan sos tiram
1/2 biji cili capsicum merah
sedikit garam dan serbuk perasa
1 ikat daun bawang - dihiris
sedikit lada hitam - ditumbuk, jangan terlalu lumat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air


Procedures:


1. Kesemua bahan A digaul bersama dan kemudian diperap selama 30 minit. Setelah itu barulah digoreng hingga isi ayam masak dan kekuning-kuningan, angkat dan toskan. Ketepikan ayam.

2. Manakala untuk menyediakan bahan B pula, tumiskan bawang putih bersama halia hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan honey dew, cili capsicum dan sedikit air, biarkan sebentar.

4. Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan lada hitam. Biarkan sekejap, barulah dimasukkan ayam tadi, gaul sebati. Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api, dan hidang ke dalam pinggan.

Selamat Mencuba


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.