CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Daging Masam Manis Daging Masam Manis

Resipi sumbangan: Salamah binti Haji Reduan

Bahan-bahan:

500 gm daging
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 batang serai
3 sudu tepung kari adabi
3 sudu makan air asam jawa
2 sudu gula
5 sudu makan kicap
Minyak masak


Cara membuatnya:


1. Daging dipotong kecil. Bersihkan dan toskan airnya. Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai dimesin. Tepung kari digaul dengan air asam jawa.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan mesin dan goreng sehingga kekuningan.

3. Masukkan campuran kari dan asam. Masak sehingga naik bau.

4. Masukkan daging dan gaul rata. Masukkan air paras daging dalam kuali.

5. Masak sehingga air hampir kering dan pekat.

6. Akhir sekali masukkan kicap dan gula.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.