CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Daging Kicap Berlada Daging Kicap Berlada

Resipi sumbangan: Saptuiah binti Abu Bakar

Bahan-bahan:

Bahan-bahannya:
1 kilo daging (dihiris nipis-nipis dan direbus hingga empuk)
5 ulas bawang merah }
5 ulas bawang putih } dikisar halus
2 batang serai }
Sedikit lengkuas }
1 sudu lada hitam (serbuk)
4 sudu kicap pekat
1 sudu gula apong
sedikit kerisik
1 biji bawang besar, 2 biji cili merah (dimayang)
serbuk perasa, daun sop untuk hiasan


Cara membuatnya:

1. Rebuskan daging hingga empuk dan toskan.

2. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.

3. Selepas itu masukkan daging tadi sambil digaul hingga rata.

4. Masukkan pula kicap pekat,lada hitam, serbuk perasa, dan gula apong.

5. Apabila kuahnya agak pekat masukkan kerisik, bawang besar dan cili merah yang telah dimayang.

6. Untuk menghidangkannya bolehlah ditaburkan daun sop diatasnya.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.