CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Ayam Masak Merah Bergajus Ayam Masak Merah Bergajus

Resipi sumbangan: Saptuiah binti Abu Bakar

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka hati)
4 tangkai cili kering }
5 ulas bawang merah }
5 ulas bawang putih } dikisar
1 inci halia }
1 batang serai }
Sedikit lengkuas }
Sedikit rempah tumis
1 cawan gajus (yang telah digoreng dan ditumbuk - jangan terlalu lumat)
3 sudu minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 botol sos cili
Serbuk perasa dan kacang peas untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka hati.
2. Panaskan kuali, tumis bahan yang diblend termasuk rempah tumis hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam, kuarkan sehingga sebati.
4. Selepas itu masukkan sos cili, susu cair dan serbuk perasa.
5. Biarkan hingga kuahnya agak pekat sedikit barulah dimasukkan gajus tadi.
6. Hidangkan dengan kacang peas untuk hiasan diatasnya.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.