   |
Easy Lasagna Casserole
Mee Hailam
Recipe
Contributor:Anne
Bahan-bahan:
Sedikit minyak
1 biji bawang besar dihiris halus
1 biji bawang putih dihiris halus
2 biji cili padi dihiris halus
150g fillet ayam dipotong ikut citarasa
1 paket jagung muda
kicap manis pekat
1 kiub chicken stock
½ paket mee kuning
sawi dipotong sederhana besar
taugeh (jika suka)
air
sedikit garam
Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Jangan terlalu panas. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi yg telah dihiris halus. Cili kena halus (supaya tak tergigit) dan rasa pedasnya lebih menyerlah. Lepas tu masukkan ayam. Lepas tu, masukkan sedikit air. Bila nampak ayam dah keputihan, masukkan stok ayam dan air. Kemudian ambik botol kicap manis pekat tu, dan tuang lah hingga kelihatan warna seperti mi hailam. Lepas tu masukkan jagung muda, ambik sudu dan rasa. Tambah garam ikut citarasa. Biar sekejap sampai jagung tu dah masak. Kalau kering tambahlah air. Bila dah hampir mendidih, masuk mee kuning. Last sekali masukkan sayur seperti sawi dan taugeh. Adalah penting untuk memasukkan sayur pada peringkat akhir supaya tak cepat layu dan khasiat vitaminnya tak hilang.
|  |