CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Kuih Edaran Su-Em

Kuih Edaran Su-Em

Resipi sumbangan: Hajjah Jamaiah Lohor

Bahan-bahan:
Tepung Ubi Kayu
2 biji telur ayam
1 kilogram minyak masak


Cara membuatnya:
1. Pukul telur di dalam pinggan dengan sudu sehingga kembang (atau nampak berbuih).

2. Masukkan tepung ubi sedikit-sedikit sehingga adunan tersebut dapat diuli.

3. Masukkan semua minyak makan ke dalam kuali.

4. Ambil secubit adunan tadi dan gulung sepanjang 4 sm. Kepit kedua hujung, angkat dan letakkan ke dalam kuali berminyak tadi. Buat seperti ini sehingga semua adunan habis.

5. Letakkan kuali di atas api.

6. Apabila kuih tersebut kelihatan mula timbul, kuar perlahan-lahan sehingga masak. Pastikan semuanya sentiasa kena minyak. Kuih tersebut cukup masak apabila terasa keras jika dipicit. (Amaran: Jika tidak cukup masak kuih tersebut akan kecut bila sejuk.) J

ika anda suka manis, gaul dengan gula pasir yang dimasak seperti membuat kuih keria.

Selamat mencuba kuih asli. Kuih ini sesuai dijadikan snek.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.