|
Puding Hati
Yu
Resipi sumbangan: Saptuiah Abu Bakar
Bahan-bahan:
3 biji telur ayam
250 gm mentega
1 gelas gula
1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 tin kecil milo
2 paket agar-agar
2 sudu tepung kastard
Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan mentega hingga sebati.
2. Masukkan tepung kastard, gaul lagi sehingga sebati.
3. Agar-agar dimasak hingga ianya benar-benar hancur.
4. Masukkan gula, susu cair, susu manis dan milo sambil dikacau perlahan-lahan.
Kecilkan sedikit api.
5. Sambil dikacau, masukkan adunan telur tadi.
6. Kacau lagi hingga kesemuanya sebati.
7. Setelah itu bolehlah diangkat dan dimasukkan kedalam loyang. Biarkan sejuk.
* Milo hendaklah
dibancuh dengan sedikit air suam supaya ianya tidak bergentel.
|