CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer



Puding Kentang Susu

Resipi sumbangan: Badrul Ikhsan

Bahan-bahan:
6 atau 10 biji ubi kentang yang elok.
1 tin tinggi susu pekat manis.

Cara membuatnya:
1. Kupas kulit ubi kentang dan dibelah empat (4) kemudian dibasuh bersih.

2. Rebus jangan terlalu lembik.

3. Tus biar sedikit kering.

4. Digaul/lenyek bersama susu pekat manis (jangan terlalu lembik). Biar sedikit manis untuk puding kentang anda.

5. Hias mengikut besar sais pinggan/disk yang permukaannya rata. Cucuk sedikit diatas permukaan puding kentang anda dengan garpu untuk hiasan (jika perlu).

6. Simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam (jangan beku).

Untuk makluman anda :
Enak dan sedap dimakan jika semalaman dalam peti sejuk. Hiris/hidang untuk dimakan dengan sudu.

Sekian dan "Selamat Mencuba"



. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.