CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Nasi Ayam Istimewa Nasi Ayam Istimewa

Resipi sumbangan: Norashikin Binti Brahim

Bahan-bahan untuk nasi
500 gm beras wangi Halia sebesar ibu jari }
3 ulas bawang putih } ditumbuk dan ditumis
2 ulas bawang merah }

3 sudu makan minyak (untuk menumis)

1 ekor ayam sederhana besar (di potong dua) }
2 liter air } direbus sehingga ¸ masak
2 kiub stok ayam Maggi }

1 ¸ sudu makan marjerin Planta

Cara membuatnya :
1. Beras dicuci bersih dan ditoskan.

2. Masukkan air rebusan ayam kedalam beras bersama marjerin Planta, bahan yang telah ditumis, sedikit garam dan serbuk perasa.

3. Kemudian masaklah nasi seperti biasa dan sehingga nasi berderai Masaknya.

Bahan-bahan untuk Sup :
1 liter air rebusan ayam

2 ulas bawang putih }
1 ulas bawang merah } ditumbuk halus
Halia 2 inci }

RM1.00 sayur asin } dipotong kecil
Sedikit garam dan serbuk perasa
Daun sup dan daun bawang } untuk ditabur atas sup
Bawang goreng } untuk ditabur atas sup
2 sudu makan minyak masak

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau, masukkan sayur asin dan air rebusan ayam.

2. Biarkan mendidih, masukkan serbuk perasa dan garam dan biarkan mereneh sehingga 15 minit sebelum dihidangkan. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Bahan-bahan untuk Ayam :
Ayam yang telah direbus tadi
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan kicap cair 2 biji tomato } dipotong bulat
1 biji mentimun } dipotong serong dan nipis
5 helai daun salad

Cara membuatnya :
1. Ayam yang telah direbus tadi ditoskan dan dikukus bersama 1 sudu makan minyak bijan selama 10 minit. Kemudian angkatkan.

2. Susun tomato, mentimun, daun salad dan letakkan ayam diatasnya. Kemudian tuangkan minyak bijan dan kicap cair sebelum dihidangkan bersama nasi, sup dan sos ayam.

Bahan-bahan untuk Sos Ayam :
50 gm cili merah
5 gm cili padi
3 inci halia
2 inci lengkuas
¸ botol kecil cuka
2 sudu makan sos cili
Sedikit garam Gula secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Cili merah, cili padi, halia dan lengkuas di blend hingga halus.

2. Masukkan cuka kedalam periuk bersama bahan-bahan yang telah diblend tadi. Panaskan diatas api.

3. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan sos cili dan renehkan sehingga pekat selama 5 minit. Kemudian angkat dan cicahkan bersama ayam tadi.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.