|
Nasi Minyak
Nasi Minyak
Resipi sumbangan:
Puan Saptuiah Abu Bakar
Bahan-bahan:
2 tin
susu beras
2 tin susu air
10 ulas bawang merah ditumbuk hingga lumat
sepotong halia
1 helai daun pandan
1/2 senduk minyak kelapa
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan susu manis
garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan
untuk menumis:-
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sm. kulit kayu manis
2 ulas bawang putih dimayang halus
2 ulas bawang merah dimayang halus
Cara-cara membuatnya:-
1. Beras di basuh dan tos airnya.
2. Pijarkan minyak sapi dan minyak kelapa di dalam periuk, kemudian tumiskan
semua bahan-bahan penumis serta halia.
3. Setelah itu masukkan 2 tin susu air, tomato puri, susu manis, bawang tumbuk,
garam dan serbuk perasa secukup rasa serta beras tadi.
4. Masaklah nasi seperti biasa (gunakan rice cooker atau boleh ditanak diatas
dapur)
5. Nasi minyak ini boleh dimakan bersama lauk kari , acar timum dan sebagainya.
|