|
Nasi Goreng Pelbagai Rasa
Nasi
Goreng Pelbagai Rasa
Resipi
sumbangan: Cardinaz Bueavista
Bahan-bahan:
600 gram nasi putih
2 ulas bawang putih ( Ditumbuk )
3 ulas bawang merah ( Ditumbuk )
1 labu bawang besar ( Dipotong )
1 sudu teh chili boh
1 sudu teh sos tiram
50 gram isi ayam di potong dan direbus
2 biji telur ayam
1 bungkus kiub ayam
50 gram sayur campur
10 ekor udang ( dipotong & dibasuh)
3 ekor sotong ( dibersih dan dipotong )
Garam
Perasa ( Aji no moto )
Bahan Untuk
Hiasan:
Daun Salad
Tomato
Chili Hidup Merah
Cili Hidup Hijau
Cara - cara membuatnya:
1. Panaskan minyak.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan chili boh. Tunggu sehingga bau bawang
naik
2. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang, sayur campur dan tambahkan sedikit
air untuk merendeh.
3. Bila sudah agak kering masukkan sos tiram, bawang besar, kiub ayam dan telur.
4. Tambah sedikit air, biar nampak basah. Kemudian biar seketika selama lebih
kurang 1 minit.
5. Masukkan nasi putih dan perasa serta sedikit garam secukup rasa. Goreng nasi
sehingga sebati.
6. Bila sudah siap menggoreng masukkan ke dalam bekas hias dengan daun salad,
tomato dan cili hijau dan merah.
|