CakesPastryDessertVegetablesSeafoodsMeatsNoodlesRiceSoupAppetizer


Sup Cendawan Enak Rasa

Sup Cendawan Enak Rasa

Resipi sumbangan: Siti

Bahan-bahan :

3 batang cendawan cina segar
3 ulas bawang putih
1 ketul sayap ayam
1 biji telur ayam
2 camca besar tepung jagung
1 jag air
1 kiub stok ayam
1/2 bungkus perencah tumix
1 camca besar minyak

Cara membuatnya :

Tumiskan bawang putih hingga wangi, masuk 1 jag air,sayap ayam dan ditambahkan dengan stok ayam.Biarkan mendidih hingga sayap ayam masak.
Angkat sayap ayam tadi dan diambil isinya sahaja. carikkan isi ayam tersebut.

Hiriskan Cendawan cina segar dan masukkan kedalam air stok yang masih mendidih.Biar seketika selama 2 minit. masuk perencah tumix dan isi ayam
tadi.

Campurkan tepung jagung dengan sedikit air,gaul hingga larut dan masuk kedalam ramuan tersebut, gaulkan sehingga ia kelihatan pekat sedikit.

Tutupkan api dan masukkan telur ayam. Gaulkan seketika hingga sebati.

Boleh dihidangkan.


. Home | Basic Cooking | Herb & Spice | Recipe of the Day | Posting Your Recipe
Appetizer | Soup | Rice | Noodles | Meats | Seafoods | Vegetables | Dessert | Pastry | Cakes
.