|
Udang Kukus Giligan IslandUdang
Kukus Giligan Island
Resipi sumbangan
: Asmah
Bahan - bahan:
1 kilogram udang harimau
2 biji cili merah di mayang halus
Halia sebesar ibu jari di mayang halus
3 biji bawang putih di mayang halus
2 tangkai serai di mayang halus
2 biji telur ayam
Garam & ajinomoto secukup rasa
1 sudu teh minyak bijan
Cara membuatnya:
1. Basuh udang harimau tersebut dengan bersih sebelum dimasukkan ke dalam
bekas kaca yang tahan dikukus.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan seperti cili merah, halia, bawang putih
dan serai yang telah dimayang halus tadi.
3. Campurkan 1 sudu teh minyak bijan dan garam serta ajinomoto secukup rasa.
Gaulkan bahan-bahan tersebut.
4. Kukus udang
tersebut selama setengah jam, dan apabila udang sudah masak, pecahkan dua biji
telur ayam di atas udang tersebut dan kukus lagi selama 5 minit.
Selamat mencuba.
|