Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Tranformasi Budaya Kerja
Perkhidmatan Awam

Kebolehan menyelesaikan masalah,pemupukan semangat bekerja secara berkumpulan, penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif,penglibatan dan minat mendalam terhadap kerja,dorongan kerja yang tinggi serta kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri,kumpulan, jabatan/pejabat dan negara adalah suatu yang amat universal yang harus diterima pakai dalam usaha sesebuah organisasi untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan Perkhidmatan Awam.

Dalam usaha melahirkan ‘Perkhidmatan Awam Yang Baru ’ serta transformasi budaya kerja,,kita tidak boleh tidak mengamalkan ciri-ciri berkualiti dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan.

Kita seharusnya lebih peka dan sedar bahawa semua inisiatif kualiti yang diperkenalkan kepada kita sewajarnya dipraktikkan,demi mewujudkan anggota
perkhidmatan awam yang lebih dinamik dan berdaya saing serta dapat membantu jabatan atau organisasi kita agar sentiasa meniti kemajuan dan mengamalkan budaya kerja yang positif.

Gerakan mempertingkatkan kualiti di semua agensi akan dilaksanakan secara berterusan dan kerajaan amat memandang serius dan bersungguh-sungguh meningkatkan kualiti untuk menghasilkan pembaharuan dan perubahan dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak.

Hala tuju kita sekarang ini adalah memberi pendekatan terhadap pengamalan ‘Go Back to Basics dengan memastikan pengurusan dan operasi diasaskan kepada suatu sistem kualiti menyeluruh yang melibatkan transformasi budaya kerja yang berterusan,di mana trait pada masa kini diadaptasikan,diubah atau diperkukuhkan dengan amalan-amalan baru dan yang lebih efisien.Amalan-amalan tersebut melibatkan perubahan sikap dan nilai,sistem dan prosedur,prosedur operasi serta struktur organisasi.

Kita perlu meneliti kembali tentang perlunya Manual Prosedur Kerja (MPK)sebagai satu usaha untuk memperbaiki proses kerja untuk memberi consistency kepada kepuasan pelanggan kita.

Kita juga perlu membangun sistem pengurusan berkualiti yang lebih berintegrasi,selain memformulasikan satu sistem untuk memantau dan menilai pelaksanaan inisiatif kualiti ke atas seluruh agensi Kerajaan Negeri Sarawak.Kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kualiti dalam organisasi memerlukan
penglibatan aktif serta komitmen pengurusan atasan, seluruh kakitangan dan semua pasukan kerja.

Dalam usaha kita melaksanakan tugas seharian kita dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, prinsip utama yang perlu sentiasa kita pegang adalah kita harus berfungsi sebagai pemudah cara serta penyelesai masalah sama ada yang timbul atau ditimbulkan oleh pelanggan utama kita iaitu masyarakat atau organisasi luar mahupun daripada pelanggan dalaman kita iaitu dari dalam organisasi itu sendiri dengan kaedah yang praktikal dan cekap.Kaedah yang dapat menjimatkan kos dan masa.

Oleh itu amat perlu kita dapat mengenal pasti masalah,mengumpul maklumat dengan sistematik dan seterusnya mengutarakan penyelesaian yang praktikal tanpa menjejaskan polisi atau dasar organisasi terbabit.

Perkhidmatan awam adalah suatu organisasi yang amat besar dan tidak ada seorang individu atau seorang penjawat awam pun yang mampu melaksanakan tugasannya dengan berkesan dan cekap secara perseorangan jika beliau tidak mahu atau tidak mampu bekerjasama dengan penjawat awam lain.

Kerjasama daripada semua pihak amat penting dan diperlukan.Ide-ide yang bernas datang dalam pelbagai bentuk dan dari pelbagai peringkat dan individu.Ide sebenarnya adalah pencetus kepada penambahbaikan proses kerja dan sistem penyampaian petkhidmatan kita. Pelaksanaan sesuatu projek adalah hasil kejayaan kerjasama berpasukan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998