Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Homestay Kampung Senau, Oya - Punya Keistimewaan Tersendiri
Cara menggoreng 'keropok Jepun'

Pernah berkunjung ke kampung nelayan di Sarawak? Ingin mengetahui cara hidup mereka lebih dekat serta merasai nikmat tinggal di kampung nelayan? Jika, belum, datanglah ke Kampung Senau, Oya. Program Homestay kampung nelayan ini pastinya akan memenuhi keinginan anda itu.

Program Homestay di Kampung Senau ini mungkin bukan sebuah program homestay yang pertama di negeri ini, namun pastinya anda akan mendapati bahawa kampung ini ada keistimewaannya tersendiri berbanding kampung homestay lain seperti Telok Melanau, Sematan dan Telaga Air di Kuching.

Jangan lepaskan peluang, luangkan masa, tinggallah beberapa hari dengan nelayan keturunan Melanau di sini. Lebih seronok lagi jika anda berpeluang mengikut mereka turun ke laut, menangkap ikan. Atau pergi memetik sayur-sayuran bersama golongan wanita berdekatan rumah mereka. Pasti seronok.

Jangan lupa, berjalan-jalanlah sekitar kampung, saksikan sendiri keramahan dan kemesraan penduduknya, menyapa anda, bertanya khabar serta mencari kenalan baru. Belajar sesuatu yang baru di sini, misalnya cara membuat kraftangan seperti 'terendak' atau cara mengadun dan menghasilkan 'keropok jepun'.

Pastinya keseronokan, keharmonian dan keadaan damai di kampung membuatkan anda melupakan sekejap semua kesibukan dan tekanan kerja di bandar. Kampung Senau keseluruhannya mempunyai kira-kira 100 buah rumah yang dihuni tidak kurang daripada 350 orang penduduk semuanya.

Dari Mukah ke Kampung Senau mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan sama ada memandu sendiri atau menggunakan 'van tambang'. Sebelum sampai ke kampung ini pengunjung menaiki feri terlebih dahulu untuk menyeberangi Batang Oya.

Program homestay di sini sebenarnya masih baru, mula diperkenalkan pada tahun 1998, sehingga kini hanya terdapat tujuh buah rumah yang ada mengikuti program ini yang diusahakan dengan Persatuan Nelayan Kawasan Mukah / Oya.
Salah sebuah rumah peserta dalam program homestay

Anda pasti selesa, jangan gusar. Di sini anda akan disediakan bilik yang kemas dan cantik, dalam suasana yang penuh rasa 'kampung'. Ada kipas angin, televisyen serta telefon. Paling istimewa anda akan dihidangkan dengan makanan dan kuih muih tradisional untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam.

Bagi mereka yang berminat mencari kenalan baru inilah masanya berkenal-kenalan dengan keluarga angkat anda. Pastinya anda akan berasa begitu gembira menjadi 'anak angkat' kepada keluarga yang begitu baik serta ramah. Melayan anda dengan penuh mesra bersama senyum ikhlas yang sentiasa terukir di bibirnya.

Seronokkan ..., jadi jangan lepaskan peluang. Melanconglah di negeri Sarawak ini, khususnya sempena dengan pengisytiharan tahun Pelancongan Sarawak 2003, sekarang. Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh berhubung terus melalui Persatuan Nelayan Kawasan Mukah/Oya, di talian 084 - 871 416 / 084 - 872 750 (fax) atau di alamat Lot 116, Tingkat 1, Bangunan PNK Mukah/Oya, Pasar Baru, Jalan Orang Kaya Setia Raya, Peti Surat 89, 96400 Mukah, Sarawak. Atau e-mail pnkmo@yahoo.com.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998