Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perkiraan Jangka Panjang Bagi Pembangunan Serian
Daerah Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Raya Kuching kini semakin mudah dihubungi dengan siapnya jalan raya berkembar Kuching-Serian serta adanya jalan pintas dari Muara Tabuan dan Kota Samarahan.
Mercu tanda Bandar Serian

Bandar Serian yang turut terkenal sebagai Bandar Durian suatu ketika dahulu dikatakan hanya menjadi persinggahan bagi para pengguna Jalan Pan-Borneo. Kini tanggapan itu mula berubah kerana semakin ramai yang menjadikan bandar ini sebagai tempat beriadah mahupun membeli belah pada hujung minggu.

Kemunculan pusat-pusat komersil serta Pasar Tamu Serian yang terkenal dengan produk serta hasil hutannya membolehkan pengunjung mendapatkan segala jenis keperluan di situ.

Taman Danu Serian, Taman Rekreasi Ranchan, Serian Mini Town Square serta Taman Permainan Kanak-kanak sudah semestinya menjadi daya tarikan pelancong. Daya tarikan itu juga telah meletakkan bandar ini terpampang dalam pakej pelancongan yang dikendalikan oleh agensi pelancongan tempatan.

Ekonomi Bandar Serian banyak dipengaruhi oleh pembangunan tanah khasnya tanaman kelapa sawit

Daerah Serian yang seluas 2,106 km persegi dengan populasi seramai kira-kira 80 ribu orang akan terus dibangunkan secara terancang, khususnya di Bandar Serian.

Bandar Serian ketika ini meliputi kawasan seluas kira-kira 850 ekar. Perkiraan jangka panjang turut diambil apabila seluas kira-kira 100 ekar tanah telah dirancangkan dalam pelan induk pembangunan bandar itu bagi memudahkan pembesarannya (extension) pada masa hadapan.

Selain itu, Pelabuhan Darat Tebedu yang terletak berhampiran dengan Bandar Mutiara Tebedu dan Zon Perindustrian Tebedu yang meliputi kawasan seluas kira-kira 50 ekar pasti merancakkan lagi tempo pembangunan di daerah ini. Ia merupakan pelabuhan darat yang pertama di Sarawak dan dijangka akan mula beroperasi pada awal 2007.

Pasar basah Serian

Kemudahan itu akan memudahkan pemeriksaan semua kargo serta barang dagangan yang dibawa masuk atau keluar sempadan Malaysia dan Indonesia di Tebedu.

Selain pembangunan infrastruktur, Serian juga tidak mengabaikan pembangunan sosialnya sepertimana kejayaan semua pihak di situ dalam usaha mereka mengekalkan imejnya sebagai daerah bebas daripada dadah sejak tahun 1987.

Malah Serian turut menjadi daerah pertama di negeri ini mencapai status Bandar Sejahtera, mengiringi status yang sama dinobatkan untuk Bandar Raya Kuching serta Miri dan Bandar Bintulu.

Perjalanan hanya kira-kira sejam menggunakan Jalan Kuching-Serian dari Pusat Bandaraya Kuching

Pasar basah Serian turut disebut oleh World Health Organisation (WHO) dalam senarai 2005 sebagai telah membantu Bandar Raya Kuching mengekalkan pengiktirafannya sebagai contoh ‘Bandar Raya Sihat’ di Asia.

Turut membanggakan, Serian juga mempunyai tandas awam yang diiktiraf di peringkat kebangsaan sehingga reka bentuknya dijadikan asas oleh pihak berkuasa tempatan lain di negara ini.

Perancangan menyeluruh di samping pencapaian demi pencapaian yang dikecapi Bandar Serian semestinya diharap akan menarik lebih ramai pelabur untuk datang seterusnya akan membawa pelbagai aktiviti ekonomi serta peluang pekerjaan yang menjadi tunjang perkembangan sesebuah bandar.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998