Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak (SPPS)….

Kini Dikenali Sebagai Perbadanan Pembangunan Perumahan (PPP)

Cabaran besar menanti PPP bagi memenuhi keperluan pembangunan negeri
Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak (SPPS) telah mengalami suatu perubahan besar dengan kelulusan Ordinan Perbadanan Pembangunan Perumahan 2003 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 28 Oktober hingga 5 November 2003 lalu.

Perlaksanaan Ordinan yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2003 bagi menggantikan Ordinan Suruhanjaya Pembangunan dan Perumahan 1971 juga membawa perubahan kepada SPPS yang kini dikenali dengan nama Perbadanan Pembangunan Perumahan (PPP) atau Housing Development Corporation (HDC) mulai 1 Januari 2003.

Menteri Perumahan Sarawak, YB Datuk Michael Manyin anak Jawong, di dalam ucapan penggulungan beliau di Persidangan DUN, menyatakan ba-hawa dengan kelulusan Ordinan ini, ianya akan membawa hala tuju baru dalam pembentukan polisi yang membolehkan PPP beroperasi dengan pendekatan, strategi, amalan dan budaya baru yang menekankan kepada empat faktor utama iaitu:

- Keberkesanan kos
- Kecekapan
- Pendekatan yang lebih berorientasikan pelanggan, dan
- Pendekatan bermotivasikan pasaran dan keuntungan (market and profit motivated)

Oleh yang demikian, perancangan masa depan bagi pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibuat oleh PPP akan menitikberatkan faktor-faktor kesesuaian reka bentuk, kesesuaian lokaliti, kualiti, permintaan dan viability dari segi ekonomi bagi projek-projek yang dilaksanakan dan faktor kemampuan harga.

Menurut beliau lagi, dengan kelulusan Ordinan ini, perancangan keseluruhan perumahan kos rendah di negeri Sarawak akan dilakukan oleh pihak Kementerian Perumahan dan tidak lagi di peringkat PPP seperti yang diamalkan sebelum ini.

Peranan PPP mulai tahun ini ialah melaksanakan segala polisi dan arahan daripada Kementerian berdasarkan perancangan yang menitikberatkan faktor mampu beli, kualiti, kesesuaian dan penyelenggaraan yang minimum.

Dengan pengkorporatan ini PPP berazam untuk menyediakan rumah yang lebih baik reka bentuk dan kualitinya untuk meminimum-kan kos penyelenggaraan dan lebih menekankan kepada kepuasan pelanggan.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Current Issue | Archives: 2003: February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | February 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | February 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | February 2000 | February 2000 | January 2000