Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bahagian Kesihatan Pergigian

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak...
Usaha Tingkatkan Kesihatan Mulut dan Gigi Rakyat
Maklumat disumbangkan oleh Bahagian Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri

Rawatan pergigian untuk murid-murid sekolah melalui Pasukan Pergigian Bergerak

Melalui satu rangkaian Klinik Pergigian Besar, Klinik Pergigian Pakar, Klinik Pergigian Statik di sekolah rendah dan menengah serta Pasukan Pergigian Bergerak, penduduk-penduduk telah dapat menikmati perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih saksama.

Objektif Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak adalah untuk mempertingkatkan lagi taraf kesihatan mulut penduduk melalui promosi dan rawatan pergigian.

Kearah mencapai objektif tersebut, strategi-strategi yang berikut adalah dilaksanakan:
1. Pemfluoridaan bekalan air minum untuk mencegah kerosakan gigi
2. Pendidikan kesihatan pergigian kepada kumpulan sasaran
3. Rawatan ‘incremental’ kepada murid-murid sekolah, dan
4. Rawatan kepada ibu mengandung dan orang awam
Dalam tahun 2001, Bahagian ini telah berjaya memberi perkhidmatan kesihatan pergigian kepada 236,738 murid sekolah rendah ataupun 87% dari jumlah murid-murid sekolah rendah dalam negeri ini.

Dari jumlah bilangan ini, sebanyak 147,167 murid ataupun 54% telah diberi rawatan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Tambahan pada itu, seramai 42% daripada jumlah bilangan kanak-kanak tadika di seluruh negeri juga turut menikmati kemudahan kesihatan ini.

Namun begitu, oleh kerana kekurangan tenaga pegawai pergigian, hanya sebanyak 21% dari jumlah bilangan murid sekolah menengah dan 6% dari jumlah orang dewasa telah diberi perkhidmatan.

Untuk mempromosikan kesihatan mulut sepanjang hayat, usaha-usaha juga ditumpukan kepada promosi kesihatan mulut dari peringkat awal lagi. Ke arah ini, Negeri Sarawak merupakan negeri yang terutama sekali mewujudkan Program Kesihatan Mulut untuk kanak-kanak ‘toddler’ (kanak-kanak dalam lingkungan umur 1 – 4 tahun.) Dalam tahun lepas, 16% dari jumlah kanak-kanak ‘toddler’ telah menyertai program ini.

Di samping ini, aktiviti promosi kesihatan mulut seperti latihan memberus gigi, ceramah kesihatan pergigian, pertunjukan boneka, pameran pergigian juga giat dijalankan di kalangan murid-murid sekolah.

Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga sentiasa peka tentang keperluan rakyat dalam menjamin kesihatan mulut di alaf baru ini. Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), sebanyak 16 buah projek pembangunan baru yang merangkumi Klinik Pergigian Besar, Klinik Pergigian Sekolah dan Pasukan Pergigian Bergerak akan dilaksanakan.

Amalan budaya kerja berasaskan sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme sentiasa dititikberatkan dalam perkhidmatan kepada pelanggan. Kearah ini juga pada tahun ini, lebih banyak Pusat Tanggung Jawab telah memulakan usaha mereka kearah pensijilan MS ISO 9001:2000.

Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga akan mencatat sejarah pada tahun ini dalam usaha peningkatan taraf kesihatan mulut penduduk Bumi Kenyalang dengan pelancaran “PINNACLE 2010” yang merupakan satu pelan induk terhadap wawasan Bahagian ini untuk mempertingkatkan lagi taraf kesihatan pergigian penduduk Bumi Kenyalang demi mengurangkan jurang perbezaan taraf kesihatan mulut dikalangan penduduk.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, sila hubungi alamat berikut:

Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri (Pergigian), Sarawak
Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri
Jalan Tun Abanag Haji Openg
93590 Kuching Sarawak
Tel: 082-255511 Fax: 082-231720
E-mail: tpkngswk@sarawak.health.gov.my

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998