Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
ASAJAYA Menikmati Juadah Kemajuan

Maklumat dan foto disediakan oleh Pejabat Daerah Asajaya

Peta pentadbiran Daerah Asajaya

Pentadbiran Asajaya beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002. Walaupun baru dalam pentadbiran Daerah sendiri, perancangan dan penilaian serta perlaksanaan pembangunan tetap berjalan lancar.

Daerah Asajaya dapat meng-adaptasi keadaan ini dan berupaya menjana pentadbiran dan seiring dengan agenda pembangunan negara. Memang tidak dinafikan adanya cabaran pada permaulaan, kesinam-bungan peralihan itu sebenarnya dijadikan pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan melalui methodologi perancangan, penilaian dan perlaksanaan program pemban-gunan dan pentadbiran itu sendiri.

Ia lebih efisyen dan bersesuaian dengan kehendak penduduk setempat. Oleh itu, hubungan dua hala dan komunikasi yang baik akan melancarkan lagi aktiviti-aktiviti pembangunan dan bersifat holistik.

Sejarah Ringkas

Tarikh 1 Oktober 1970 merupakan detik pertama penubuhan daerah ini yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Nonok secara rasminya.

Pada masa itu, Nonok ditadbir oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak dan dibantu oleh dua orang kakitangan. Dua tahun berikutnya, pejabat baru telah dibina dengan pertambahan kakitangan kepada 4 orang dan telah digunakan sehingga tahun 1993. Kemudian, pentadbiran di daerah ini berpindah ke bangunan konkrit baru pada tahun 1993.

Nonok yang dahulunya di bawah pentadbiran Kuching dari tahun 1970 hingga 1983 sebelum diambil alih oleh Daerah Samarahan dan nama Daerah Kecil Nonok ditukar kepada Daerah Kecil Asajaya. Rentetan sejarah Asajaya terus berlaku dengan secara rasminya daerah yang dahulunya dikenali sebagai Daerah Kecil Asajaya telah dinaiktaraf sepenuhnya menjadi Daerah Asajaya pada 31.12.1999.

Di sini dapat dilihat perubahan pembangunan yang ketara yang mana terdapat banyak pejabat-pejabat kerajaan, kemudahan-kemudahan infrastruktur, serta pembangunan ekonomi yang pesat.

Lokasi dan Persempadanan Daerah

Daerah Asajaya terletak di Bahagian Samarahan, Sarawak. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Asajaya, kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Kuching.

Daerah Asajaya telah dinaiktaraf menjadi sebuah Daerah baru pada 1 Disember 1999 melalui Warta Kerajaan Sarawak pada 30 Disember 1999 Jilid LIV (Bil. 38) merangkumi kawasan Sadong Jaya dan Beliong dan beroperasi sepenuhnya sebagai daerah pada 01 Januari 20021.

Asajaya sebelum ini adalah di bawah pentadbiran Daerah Kota Samarahan manakala Beliong dan Daerah Kecil Sadong Jaya masing-masing di bawah pentadbiran Kuching dan Simunjan.

Secara umum, bentuk muka bumi di Asajaya adalah berkeadaan rata kerana berhampiran dengan pantai (Laut China Selatan) serta mempunyai tanah pamah yang subur yang sesuai untuk penanaman kelapa, pisang, dan koko. Selain itu, sesetengah kawasan seperti Tambirat mempunyai tanah gambut yang subur dan sesuai untuk penanaman nanas.

Taburan penduduk adalah berkelompok mengikut kampung dan kebanyakannya tertumpu di kawasan yang berhampiran pantai dan di sepanjang sungai. Oleh itu, kegiatan perikanan, penternakan ikan dan udang harimau juga giat dijalankan.

Pentadbiran Visi Daerah

Sebagai sebuah pusat pentadbiran yang bersama-sama menggerakkan mekanisme pembangunan dengan penduduk setempat ke arah kemajuan dan transisi yang seimbang dalam sosio-ekonomi sejajar dengan wawasan negara.

Misi Daerah

Merancang dan melaksanakan program pembangunan berteraskan sumber manusia yang ada, agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, serta penglibatan golongan penduduk setempat.

Objektif :

i. Penghubung dan penyambung lidah kerajaan di peringkat Daerah,
ii. meningkatkan taraf sosio-ekonomi melalui penglibatan masyarakat setempat dengan projek-projek pembangunan kerajaan yang dilaksanakan,
iii. Beusaha membangunkan daerah secara berterusan ke arah pencapaian Wawasan 2020, dan
iv. Mewujudkan suasana aman dan harmoni di kalangan penduduk di Daerah Asajaya.

Sektor Ekonomi

Pertanian

Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi utama dan merupakan aktiviti penting penduduk di Asajaya. Daerah ini juga dikenali sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Oleh itu, sektor ini memberi sumbangan sebagai pembekal bahan mentah kepada kepada keperluan harian, pasaran dan kegiatan ekonomi hiliran sama ada untuk pasaran luar atau tempatan.

Keluasan

Projek saliran Asajaya merangkumi kawasan seluas 18,143 hektar di Semenanjung Asajaya dan terletak di antara Batang Samarahan dan Batang Sadong. Projek ini terbahagi kepada empat blok yang mana setiap blok bersempadankan sungai asal. Dengan adanya projek tersebut seluas 12,525 ekar tanah dapat digunakan dengan pelbagai aktiviti pertanian ataupun penempatan.

Aktiviti

Dengan adanya projek Pengairan dan Saliran di Asajaya, ia telah memberi manfaat kepada semua petani yang mengusahakan kelapa, koko dan limau. Kawasan tersebut adalah di antara kawasan yang paling subur di Sarawak dan telah dibangunkan secara intensif.

Dalam tahun 1997-1998, FELCRA telah menanam hampir 1000 hektar kelapa sawit di Blok 4 Asajaya Selatan dan dengan ini meningkatkan penggunaan tanah kepada 81% daripada keseluruhan projek. Segala usaha yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah keperluan tanah untuk pertanian dan sekaligus mengubah cara hidup penduduk-penduduk serta meningkatkan hasil pertanian.

Pengeluaran Pertanian

Permintaan terhadap buah kelapa semakin meningkat. Ini berikutan daripada perkembangan sektor perindustrian berintensifkan buah kelapa sebagai bahan utama produk.

Hasil-hasil kelapa menunjukkan peningkatan berikutan permintaaan di pasaran tempatan meningkat. Malah permintaan terhadap buah tersebut melebihi penawaran sedia ada dan kebanyakan kebun-kebun kelapa telah dimusnahkan untuk tujuan penternakan udang harimau.

Keadaan ini telah menyebabkan harga kelapa di Asajaya meningkat dan banyak pemprosesan hiliran dibina oleh penduduk setempat sebelum dihantar kekilang yang berdekatan. Manakala banyak pokok-pokok koko telah dimusnahkan kerana serangan penyakit dan harga yang terlalu murah di pasaran.

Dasar Kerajaan

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, langkah-langkah baru dan berinovatif akan dilaksanakan untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara.

Pengeluaran makanan tempatan dipergiatkan lagi dengan menggalakkan pertanian berskala besar dan tersusun, mempertingkatkan penggunaan tanah secara intensif, memperbaiki amalan agronomi serta mengguna teknologi dan pengurusan moden.

Fokus Pembangunan Pertanian

Pengeluaran komoditi utama diorientasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing melalui program integrasi tanaman dengan ternakan (kelapa sawit & lembu), amalan tanaman bercampur seperti kelapa dengan tanaman lain sebagai contoh pisang, buah-buahan dan sebagainya untuk mengelak kebergantungan kepada satu hasil komoditi sahaja. Manakala pihak Jabatan Pertanian giat menjalankan program pertanian yang lebih komersil seperti tanaman limau dan ternakan lebah.

Program Pertanian

Bil. Nama Projek Keluasan (ha)
i. Vegetable
Netting Project
a. Asajaya
b. Semera


1.5
5.2
ii. Bee Keeping
Sadong Jaya
6 (unit)
iii. Aloevera 1

Perladangan

Pihak FELCRA kini giat menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit terutamanya di Daerah Kecil Sadong Jaya. Sektor ini merupakan sektor yang giat berkembang dan menunjukkan peningkatan pengeluaran setiap suku tahun.

Program Joint Venture ini dilaksanakan dengan pekebun-pekebun kecil bumiputera di kawasan tersebut. Sehingga akhir Disember 2002, keluasan tanah yang digunakan untuk tujuan tersebut seluas 1002.02 hektar dengan pengeluaran sebanyak 2335.92 bagi suku terakhir tahun ini.

Industri

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), penekanan diberikan kepada usaha membangunkan kelebihan daya saing yang baru yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peningkatan produktiviti yang akan membolehkan sektor tersebut terus berkembang.

Lantaran itu, Daerah Asajaya terus mengorak langkah untuk memajukan lagi sektor perkilangan terutamanya industri pemprosesan makanan dan primer. Ini memandangkan Asajaya itu sendiri kaya dengan bahan mentah dalam sektor pertanian seperti kelapa, koko, pisang, serta dalam sektor perikanan.

Oleh itu, pembangunan perkilangan ini perlulah disokong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih giat bagi membolehkan industri ini berkembang di samping memperbaiki keluaran yang sedia ada serta memperkenalkan produk baru yang lebih inovatif dan berdaya saing.

Untuk menyahut cabaran tersebut, beberapa buah kilang telah ditubuhkan bagi merealisasikan industri perkilangan seperti industri pemprosesan makanan bertapak di Asajaya. Sebagai contoh kilang Sabang Sdn. Bhd., dan Cocolin Sdn. Bhd. beroperasi untuk memproses kelapa dijadikan santan tepung. Secara langsung, ia juga menyumbangkan peluang pekerjaan kepada penduduk disekitarnya

Pemprosesan Tempatan

Pemprosesan tempatan juga merupakan sektor yang semakin berkembang di Asajaya. Seperti industri pemprosesan kelapa telah dibina di tiga buah kampung di Asajaya.

Perkembangan industri ini menampung permintaan kelapa yang telah dibersih ke kilang kelapa sebelum diproses kepada tepung santan, nata de coco, krimer dan sebagainya.

Penubuhan Kilang Tabaloi di Sadong Jaya juga merupakan satu lagi indikator kepesatan per-kembangan industri pemprosesan Asajaya.

Manakala industri pemprosesan tempatan di bawah seliaan Jabatan Pertanian Asajaya seperti pemprosesan kerepek pisang, kuih asli, dan program jahitan smemang sudang lama bertapak.

Secara langsung, program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian ini telah membantu masyarakat bumiputera dalam Industri Kecil Sederhana.

Perdagangan dan Perniagaan

Perkembangan ekonomi Daerah Asajaya terus dijana setelah pembinaan pusat perdagangan dan perniagaan yang baru pada tahun 1998 yang lebih dikenali sebagai Pasar Baru Asajaya. Pembinaan pusat perniagaan tersebut berikutan keadaan pasar lama yang uzur dan permintaan terhadap ekonomi yang semakin berkembang.

Sebanyak 42 buah lot kedai telah dibina yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti perniagaan. Secara langsung, kawasan ini menjadi lebih strategik sebagai pusat pengumpulan dan pembekal hasil-hasil pertanian dan perikanan kepada pengguna atau dieksport ke luar daerah.

Selain itu, penduduk kampung juga menjalankan perniagaan runcit berlesen hampir di setiap kampung. Secara umum, boleh dikatakan perniagaan runcit tersebut merupa-kan aktiviti perniagaan satelit bagi pusat perniagaan Pasar Asajaya kerana sebagai cawangan pen-gumpulan hasil-hasil pertanian dan pengedar terus kepada pengguna. Ia menyokong pertumbuhan dan perkembangan ekonomi secara langsung dan tidak langsung.


Keluasan (Daerah dalam Pentadbiran)

Bil. Daerah Kecil Keluasan (Km2)
1. Asajaya 389.52
2. Sadong Jaya 332.48
Jumlah 722.00

Sumber: Pejabat Daerah Asajaya

Jumlah Kampung dan Rumah Panjang

Bil. Perkara Jumlah
i. Bandaraya/Bandar -
ii. Pekan:
a. Pasar Baru Asajaya
b. Pasar Sadong Jaya
c. Pasar Semera

1
1
1
iii. Kampung 46
iv. Rumah panjang 3
v. Setinggan -
vi. Taman Perumahan -

Sumber: Pejabat Daerah Asajaya

Bilangan Penduduk Berdasarkan Suku Kaum di Daerah Asajaya Bagi tahun 2002

Daerah Asajaya (%) D. Kecil Sadong Jaya (%)
Melayu 14,127 81.5 10,755 86
Iban 1,709 9.9 746 6
Cina 1,507 8.7 876 7
Jumlah 17,343 100 12,377 100

Jumlah Keseluruhan 29,720

Sumber: Pejabat Daerah Asajaya

Bilangan penduduk di Asajaya Berdasarkan Kumpulan Umur dan Jantina, Pada Tahun 2002

Kumpulan Umur Lelaki Perempuan Jumlah (%)
< 5 tahun 1,243 1,193 2,436 8
5 - 6 761 729 1,490 5
7 - 12 2,174 2,157 4,331 14
13 - 17 1,852 1,843 3,695 12
18 - 65 8,847 8,145 16,992 58
65 > 383 393 776 3
Jumlah 15,260 14,460 29,720 100

*Sumber: Pejabat Daerah Asajaya


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998