Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sibu: Pemangkin Pembangunan Wilayah Tengah Sarawak

Latarbelakang

Residen Bahagian Sibu, Tuan Haji Bujang Mohidin Bin Haji Jol

Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Bandar Sibu? Jika belum, kunjungilah Sibu. Ini kerana dengan mengunjungi Sibu anda akan dapat melihat sendiri akan keunikan sungai yang terpanjang di Malaysia iaitu Sungai Rejang, bangunan yang menempatkan pusat membeli belah dan pejabat pentadbiran kerajaan yang tertinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan dan Pasar Central (Pasar Besar) yang menjual pelbagai produk yang terdiri daripada hasil pertanian, makanan, barang keperluan dapur dan pakaian yang merupakan pasar terbesar di Sarawak.

Kewujudan Bandar Sibu bermula pada pertengahan abad yang ke-19 iaitu sewaktu berlakunya pergolakan politik di Sarawak yang mana pada masa tersebut Sibu adalah merupakan tanah jajahan kesultanan Brunei. Akibat daripada pergolakan tersebut James Brooke yang telah tiba ke Sarawak pada tahun 1841 telah mengambil kesempatan dengan membantu kesultanan Brunei dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sebagai balasan kesultanan Brunei pada ketika itu telah menyerahkan Sarawak termasuk Sibu kepada Rajah James Brooke pada tahun 1853.

Menurut cerita, Sibu mendapat namanya sempena sejenis buah rambutan tempatan yang disebut sebagai buah Sibau dalam bahasa Iban. Sepintas lalu pula apabila disebut perkataan "Sibu". Sibu terdiri daripada 3 buah daerah iaitu Sibu, Kanowit dan Selangau. Lokasi Sibu yang terletak di kawasan tengah Sarawak di mana Sungai Rejang dan Igan bertemu iaitu kira-kira 130 kilometer dari Laut China Selatan yang bersempadan dengan bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu dan Kapit telah menjadikan Sibu antara pusat perniagaan dan pelabuhan utama di Sarawak. Jika Kuching merupakan pintu masuk utama di bahagian selatan Sarawak, maka Sibu pula adalah merupakan pintu masuk utama di kawasan tengah Sarawak. Bandar Sibu juga adalah merupakan bandar kedua terbesar selepas Kuching dan dikenali sebagai sebuah bandar yang diasaskan oleh Imigran Foochow yang datang dari selatan negara China.

Kini Bahagian Sibu sedang berada dalam era pembangunan yang berkembang pesat dari pelbagai aspek baik dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial bagi menyahut akan cabaran Wawasan 2020. Sejajar dengan itu, Sibu sedang berusaha meningkatkan pembangunan yang khusus terutamanya kemudahan infrastruktur bagi mendapatkan status untuk diiktiraf sebagai bandaraya pada tahun 2005. Bagi mereka yang ingin mengunjungi bandar Sibu, mereka boleh memilih pelbagai jenis pengangkutan iaitu dengan kapal terbang, jalan raya atau jalan air dengan menggunakan "Boat Ekpress".

Bangunan Terminal Bot Ekspress Sibu

Keluasan dan Penduduk

Jika dilihat dari segi keluasan, secara keseluruhannya Bahagian Sibu mempunyai keluasan iaitu 8255 km persegi yang terdiri daripada tiga buah daerah iaitu Daerah Sibu 3405 km persegi, Daerah Kanowit 2220 km persegi dan Daerah Selangau 2630 km persegi (Daerah baru mulai 1 Mac 2002).

Secara keseluruhannya Bahagian Sibu mempunyai penduduk berjumlah 276,233 orang iaitu dengan Daerah Sibu sebanyak 218,608 orang, Daerah Kanowit sebanyak 27,205 orang dan Daerah Selangau seramai 30,000 orang. Penduduknya pula menganuti pelbagai agama seperti Islam, Kristian dan Buddha. Jika dilihat dari segi peratusan etnik, kaum Cina adalah merupakan etnik terbesar di bahagian Sibu dengan 42 peratus, diikuti kaum Iban iaitu 33 peratus, Melanau iaitu 15 peratus, Melayu iaitu 8 peratus dan lain-lain 2 peratus.

Kemudahan Infrastruktur

Bahagian Sibu mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, bekalan letrik, pengangkutan, telefon, hospital, sekolah dan sebagainya bagi memudahkan kehidupan penduduk di sini.

Hampir keseluruhan kawasan daerah Sibu telah mendapat bekalan air sama ada daripada Lembaga Air Sibu dan JKR bagi kawasan bandar dan daerah masing-masing. Namun begitu kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman khususnya di Daerah Kanowit dan Selangau masih menggunakan tangki, telaga, sungai dan air hujan bagi menampung keperluan air di kawasan tersebut. Usaha untuk mempercepatkan bekalan air paip ke kawasan luar bandar sedang dijalankan di bawah RMK8.

Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO) pula membekalkan bekalan elektrik di kawasan bandar serta pinggir bandar dan generator masih digunakan di kawasan luar bandar. Setakat ini SESCO telah membekalkan letrik kepada hampir 49,132 isirumah di bahagian Sibu iaitu 45,867 isirumah di daerah Sibu, 2778 isirumah di daerah Kanowit dan 487 isirumah di daerah Selangau.

Kemudahan pengangkutan juga mudah diperolehi untuk menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat. Lapangan Terbang Sibu yang terletak lebih kurang 25 km dari pusat bandar boleh memuatkan pesawat Boeing 737 dan Fokker 50. Di samping itu pengangkutan darat dan air yang terdapat di Sibu merupakan penghubung seharian yangdigunakan penduduk di sini. Kemudahan jalanraya menjadi penghubung utama dari satu tempat ke satu tempat di Bahagian Sibu malahan jalan raya yang baik terdapat di kampung-kampung. Bandar Sibu, Kanowit dan Selangau boleh dihubungi melalui Jalan Pan Borneo.

Pemandangan sebahagian daripada bandar Sibu

Pembangunan Sosio-ekonomi

Kepesatan pembangunan di Bahagian Sibu tidak hanya difokuskan di kawasan bandar sahaja. Malahan ianya turut merangkumi pembangunan di kawasan pinggir bandar dan luar bandar dalam usaha menyeim-bangkan tahap sosio ekonomi penduduknya.

Jika dahulu pembangunan dan ekonomi Sibu hanya berasaskan sumber aslinya seperti kayu balak, pertanian dan sebagainya. Namun kini, aktiviti ekonominya telah dipelbagaikan dengan pembangunan sektor pembuatan, pembinaan kapal, infrastruktur, pelancongan dan perkhidmatan.

Kepelbagaian terhadap ekonominya tidak terus melenyapkan sektor teras seperti perkayuan, perikanan dan pertanian yang telah bertapak beberapa dekad yang lalu. Malahan industri yang berasaskan sumber aslinya ini diteruskan dengan memberi lebih penekanan terhadap penggunaan teknologi, pengeluaran terhadap produk nilai tambah (Value Added Poduct) dan pengkomersialan industri tersebut.

Sibu memang terkenal dengan sektor pembinaan kapalnya. Ini terbukti dengan wujudnya kapal-kapal buatan Sibu di lebih 10 perairan negara seperti Singapura, Brunai, Vietnem, Myanmar, Papua New Guinea, China dan Filipina.

Dalam sektor perindustriannya pula, Sibu mempunyai 2 kawasan perindustrian yang terletak di Sungai Antu dan di Upper Lanang. Antara industri yang terlibat adalah industri pembuatan seperti perabot plastik, makanan dan industri yang berasaskan kayu. Dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan oleh pelabur-pelabur khususnya dalam Industri Kecil dan Sederhana di bahagian Sibu beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk dibangunkan bagi menempatkan estet-estet perindutrian baru iaitu di kawasan Sibu Jaya dan Kemuyang.

Dalam sektor pelancongan pula Sibu turut menawarkan beberapa produk pelancongan yang menarik kepada pelancong-pelancong yang ingin menikmati percutian mereka di bandar ini seperti pengembaraan alam semulajadi, melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya.

Tarikan Pelancongan

Lembaga Pelabuhan Rajang

Kini, Sibu lebih bersedia untuk bersaing dengan bandar-bandar lain seperti Kuching dan Miri untuk menarik pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Kalau dahulu keceriaan bandar Sibu agak kurang menyerlah sama ada dari segi infrastruktur, aktiviti, perhiasan, pancaran lampu neon dan tempat-tempat menarik.

Namun kini berbeza, di tengah-tengah bandar Sibu sendiri ada tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Pintu Gerbang Sibu yang menjadi kawasan tumpuan bagi penduduk tempatan dan pelancong untuk beristirehat. Selain itu, Tua Pek Kong Temple dan Pagoda yang tersergam indah di tepi Sungai Rejang. Tebingan Rejang (Rejang Esplanade) sepanjang 500m turut menarik hati pengunjung. Dataran Sibu juga turut mencuit hati dengan keindahan dan ketinggian Bangunan Wisma Sanyan yang menjadi latarbelakang dataran tersebut.

Pada sebelah malamnya pula pengunjung-pengunjung bolehlah menyaksikan kemeriahan dan kesibukan Pasar Malam Sibu yang dibuka setiap hari. Selain itu, kewujudan Mist Garden dan kerlipan lampu neon yang berwarna warni ditengah-tengah bandar Sibu menceriakan lagi pemandangan.

Bagi mereka yang ingin menjamu selera pada sebelah malamnya bolehlah berkunjung ke Taman Selera yang terletak di Jalan Kampung Datuk.

Terdapat juga tarikan pelancongan yang lain seperti Wong Nai Siong Memorial Garden yang merupakan Tugu Peringatan ketibaan imigran Foochow yang pertama di Bahagian Sibu, Sungai Merah Heritage Walk, dan bagi mereka yang ingin berekreasi dan berminat dengan keindahan alam semulajadi, Taman Jubli Bukit Aup dan Junaco Park adalah pilihan terbaik. Selain itu, mereka yang ingin tahu lebih terperinci tentang sejarah Sibu bolehlah melawat Muzium Dewan Suarah yang terletak di Jalan Tun Abang Hj Openg.

Lawatan ke rumah panjang Iban dan kampung Melayu turut menarik hati pengunjung. Sibu juga terkenal dengan keunikan Pasu Sarawak sebagai cenderamata untuk dibawa pulang.

Projek Pembangunan

Bagi memastikan pembangunan Bahagian Sibu yang berterusan, beberapa Projek Pembangunan telah siap dan sedang rancak dalam pembinaan antaranya adalah Dataran Bandar Sibu yang kini dalam fasa kedua, Jambatan Durin yang menghubungkan Sibu dengan Kanowit dan Sarikei dan Jambatan Batang Igan yang telah siap. Lain-lain projek yang telah siap adalah Dataran Bandar Sibu Fasa 1 dan Terminal Ekpress Sungai

Selain itu terdapat juga beberapa projek yang dalam cadangan yang akan dibina dalam tempoh RMK 8, antaranya projek Jambatan Sungai Assan, Pusat Teknologi Maklumat (IT Centre), memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sibu, pembesaran Perpustakaan Sibu (Extension), Proposed Second Multi Storey Carpark dan Rantau Panjang Shipyard Industrial Park. Untuk projek di bawah "Landmark dan Beuti-fication" pula adalah Dataran Bandar Sibu Fasa 2, Taman Selera Harmoni, Taman Tasik, Dewan Bandar Sibu (Sibu Town Hall) dan sebagainya.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998