Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pengkalan Polis Marin Kampung Jepak
Jamin Keselamatan Perairan Bintulu
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Talib Jamal merasmikan pangkalan baru Polis Marin yang terletak di Kampung Jepak, Bintulu

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Talib Jamal yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik di kawasan utara negeri ini khusunya di Bintulu dengan wujudnya pangkalan baru Polis Marin yang terletak di Kampung Jepak.

Beliau juga yakin kesemua pegawai dan anggota polis marin di sini akan menjalankan tugas dengan bersungguh - sungguh dalam memastikan ketenteraman dan keselamatan perairan di Bahagian ini khususnya dan negeri ini amnya.

Sehubungan itu katanya, pucuk pimpinan PDRM sentiasa mengutamakan kebajikan dan kemudahan logistik semua pegawai dan anggotanya termasuk mengutamakan keperluan dan kepentingan pasukan Polis Marin.

Dengan itu, tambahnya lagi PDRM giat melaksanakan beberapa projek pembinaan pangkalan Polis Marin di negeri ini, yang kini sedang dan akan dijalankan.

Antaranya ialah pembinaan pangkalan di Limbang yang hampir siap dan projek pangkalan di Kuala Baram, Miri dan Muara Tebas, Kuching yang kini sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

"Pembinaan kemudahan (pangkalan Polis Marin) akan dapat memantapkan lagi penugasan Polis Marin di wilayah negeri ini," kata Dato Talip ketika berucap merasmikan Pangkalan Polis Marin baru yang terletak di Kampung Jepak di sini.

Projek yang membabitkan kos pembinaan sebanyak RM31 juta ini dibina di atas tapak seluas 8.023 hektar Pengkalan Polis Marin Kampung Jepak dengan kerja-kerja pembinaan yang telah dimulakan pada September 2001 dan siap sepenuhnya pada November 2003 lalu.

Pengkalan ini keseluruhannya merangkumi pejabat pentadbiran, kemudahan bengkel, perumahan, surau, kemudahan bagi kegiatan sukan serta rekreasi dan pelbagai kemudahan lain.

Dato Talib turut menegaskan bahawa pasukan Polis Marin merupakan sebahagian daripada jabatan dalam PDRM yang secara khususnya ditugaskan untuk mengawal keadaan keselamatan dan kegiatan jenayah di samping menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan negara.

Selain itu, katanya, polis marin juga berperanan dalam menjalankan tugas-tugas mencari dan menyelamat semasa berlaku sesuatu tragedi atau bencana alam, menjalankan pelbagai program dan operasi bersama jabatan dan agensi kerajaan lain bagi menguatkuasakan undangundang maritim negara dan antarabangsa.

Selain itu pasukan polis marin ini juga penting dalam usaha menjalinkan perhubungan dan persepakatan dengan pasukan polis marin negara jiran, seperti Polis Marin Negara Brunei Darussalam dan Polisi Air atau Polair Indonesia khasnya Polair Pontianak ke arah melipatgandakan usaha bagi menentukan keselamatan perairan di rantau ini.

Menurutnya lagi peranan yang dimainkan oleh pasukan Polis Marin sangat besar ertinya kepada masyarakat kerana ia telah memberi keyakinan kepada pengguna-pengguna maritim untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dalam keadaan selamat dengan kehadiran polis.

Dengan itu kehadiran Polis Marin di kawasan operasi akan diteruskan melalui agenda dan perancangan yang ditetapkan Polis Marin Wilayah dalam usaha menentukan keselamatan perairan negara akan terus terkawal dan selamat.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998