A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

Know Your Sub-District

Daerah Kecil Bekenu, Sibuti

Pemandangan di sekitar Pejabat Daerah Kecil Bekenu, Sibuti
Daerah kecil Bekenu meliputi kawasan seluas 842.47 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 20,567 orang. Perjalanan menggunakan jalan darat dari Bandar Miri ke Daerah kecil Bekenu yang sejauh 64 kilometer ini mengambil masa selama satu jam untuk tiba ke daerah kecil ini.

Daerah Kecil Bekenu yang pesat membangun ini, adalah di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir En Julaihi Kadir.

Pecahan penduduk daerah kecil Bekenu mengikut komposisi kaum ialah Iban seramai 7,150 (35%), Cina seramai 1249 (6%), Melayu / Kedayan seramai 11,747 (57%) dan Kaum-kaum lain seramai 421 (2%).

Terdapat 35 buah rumah panjang dengan sejumlah 1,021 pintu. Manakala perkampungan lain-lain pula ialah sebanyak 75 buah kampung.

Setakat ini, 50% kawasan dalam Daerah Kecil Bekenu menerima bekalan elektrik dan hampir 50% kawasan juga menerima bekalan air.

Sungai berhampiran Pekan Bekenu menjadi alternatif pengangkutan kepada penduduk sekitar
Pembangunan pendidikan juga tidak ketinggalan di Daerah ini dengan terdapatnya sebanyak 24 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.

Di samping itu, daerah kecil ini juga terdapat kemudahan kesihatan dengan adanya sebuah klinik desa yang sentiasa memberikan perkhidmatan kepada penduduk.

Kemudahan pengangkutan ke daerah kecil Bekenu ini sama ada menggunakan jalan darat dan sungai dan jenis pengangkutan darat untuk ke daerah kecil Bekenu ini ialah Bas, Van dan Teksi.

Antara kegiatan ekonomi utama di daerah kecil Bekenu ialah Pertanian yang diusahakan oleh sejumlah 60% penduduk, diikuti dengan nelayan 30% penduduk. Kegiatan perniagaan juga turut menyumbang 10% dengan kegiatan berniaga terutamanya di Pekan Bekenu, Sibuti.

Antara jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di Daerah Bekenu ialah Majlis Daerah Subis, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Hutan, Syarikat Pos Malaysia, Felcra, JKR (Bahagian Air) dan Balai Polis.

Pekan Sibuti juga tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan
Kawasan Daerah Kecil Bekenu ini di bawah pentadbiran ahli Parlimen P.191 Miri, YB Datuk Peter Chin Fah Kui dan Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.55 Lambir YB Aidan Wing, sentiasa melaksanakan dan merancang pelbagai program pembangunan bagi memastikan penduduknya juga tidak ketinggalan daripada menikmati arus pemodenan.

Tidak ketinggalan juga potensi daerah kecil ini sebagai sebuah kawasan pelancongan yang sentiasa menarik perhatian masyarakat luar berkunjung ke sini. Antara kawasan tumpuan penduduk di Daerah ini ialah Pekan Bekenu, Sibuti, selain daripada sebuah kawasan peranginan, Pantai Bungei yang terkenal di kalangan penduduk di sini.

Fakta Daerah Kecil Bekenu

Keluasan 842.47 kilometer persegi
Bilangan Penduduk 20,567 orang
Peratusan Komposisi Penduduk Mengikut Etnik Melayu/Kedayan 57%; Iban 35%; Cina 6%, Lain-lain 2%
Bilangan Kampung 35 buah rumah panjang dan 75 buah kampung
Aktiviti ekonomi utama Pertanian 60%; Nelayan 30%; Perniagaan 10%
Perkhidmatan Lain Majlis Daerah Subis, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Hutan, Syarikat Pos Malaysia, Felcra, JKR (Bahagian Air), Balai Polis dan Sekolah
ADUN/MP P.191 Miri, YB Datuk Peter Chin Fah Kui dan ADUN N.55 Lambir, YB Aidan Wing
Bagaimana untuk sampai ke sana? Jalan darat sejauh 64 km dari bandar Miri atau selama sejam perjalanan

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998