Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Kecil Sebauh
Bangunan lama Pejabat Daerah Kecil Sebauh

Satu-satunya daerah kecil yang terdapat di Bahagian Bintulu, Daerah Kecil Sebauh berpotensi berkembang menjadi sebuah daerah yang maju. Daerah Kecil Sebauh mempunyai kedudukan yang strategik kerana ia bersempadan dengan 4 daerah iaitu daerah Kapit, Belaga, Baram dan Miri.

Identiti Sebauh

Daerah Kecil Sebauh sering dikaitkan dengan udang galah. Daerah Kecil ini sering dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari Bintulu yang gemar memancing. Lazimnya, musim memancing yang sesuai ialah ketika musim kemarau.

Bandar terdekat

Bandar terdekat ialah Bandar Bintulu kira-kira 44 km melalui jalan darat.

Penduduk Sebauh

Mengikut bancian yang telah dilakukan pada tahun 2000, jumlah penduduk yang terdapat di Daerah Kecil Sebauh ini ialah 21,754 orang. Dari jumlah tersebut 12,000 adalah lelaki manakala 9,4747 adalah perempuan.

Jumlah Kampung / Rumah Panjang

Daerah Kecil Sebauh mempunyai 150 buah rumah panjang dan 6 buah kampung. Antara pekan utama ialah Pekan Sebauh, Pekan Pandan, Pekan Labang dan Pekan Tubau.

Deretan bangunan kedai baru Pekan Sebauh (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Sebauh)

Bagaimana Untuk ke Sana

Pekan Sebauh boleh dihubungkan dengan jalanraya dan sungai. Jalanraya merupakan nadi perhubungan yang utama bagi penduduk sekitar Pekan Sebauh ke Bandar Bintulu dan ke Pekan Pandan sejauh 15.5 km. Anda juga boleh menggunakan van dengan tambang dari Bintulu ke Pekan Sebauh ialah RM5.00.

Sungai utama iaitu Sungai Kemena pula menghubungkan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Pekan Tubau dan Lubok Tapang dengan menggunakan bot laju. Walau bagaimanapun perkhidmatan bot laju telah berkurangan dengan hanya satu perjalanan sehari (pergi dan balik) kerana penduduk lebih cenderung menggunakan jalanraya.

Bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Sebauh (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Sebauh)

Aktiviti Pertanian Sumber Ekonomi Utama

Hampir 85% penduduknya berkecim-pung dalam aktiviti pertanian iaitu menanam padi. Di samping itu ada juga yang menanam tanaman komersil seperti lada hitam secara kecil-kecilan. Aktiviti pem-balakan masih men-yumbang peluang peker-jaan kepada penduduknya tetapi jumlahnya kian berkurangan dengan penutupan beberapa kilang pemprosesan kayu.

Pembukaan Ladang Kelapa Sawit Rancakkan Ekonomi

Dengan pembukaan ladang kelapa sawit oleh beberapa syarikat swasta sejak kebelakangan ini diharap ia akan dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi di samping menampung keperluan tenaga kerja bagi penduduk tempatan.

Produk Pelancongan di Sebauh

Daerah Kecil Sebauh memiliki banyak tempat tarikan pelancongan yang mampu diketengahkan bagi menarik lebih ramai pelancong melawat Sebauh. Antara tarikan tersebut ialah :

Air Terjun Sebangat, yang terletak di KM 14 Simpang Sebauh, merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung pada hujung minggu untuk aktiviti riadah

Bangunan yang menempatkan perpustakaan awam Sebauh dan pejabat cawangan Lembaga Kemajuan Bintulu bagi Sebauh (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Sebauh)

dan mandi-manda.

Tua Pek Khong Cina, salah sebuah tokong Cina yang amat unik dan mempunyai lokasi yang menarik di mana ia dibina di atas sebuah pulau berhadapan dengan Pekan Sebauh. Dipercayai pulau tersebut mempunyai mitos tersendiri di mana asal-usulnya dari sebuah kapal yang berlabuh di situ lalu bertukar menjadi pulau selepas berlaku hujan ribut.

Keriring, peninggalan sejarah kaum Punan yang terletak di Pekan Pandan. Keriring ini adalah ukiran kayu yang didirikan secara menegak yang digunakan oleh kaum Punan menyimpan tulang-tulang si mati.


Senarai Nama Pegawai Tadbir (SAO) Yang Pernah Bertugas Di Pejabat Daerah Kecil Sebauh, Bintulu

  • Geoffrey Usa Baling
  • Musa Giri
  • Jemat Manggie
  • David Panggau Sandin
  • Henry Ginyom Lajim
  • Philip Ado
  • Ling Kai Siew
  • Ambrose Lamit Danggat
  • Terrence Firaon Masir
  • Michael Ronnie Langgong

Fakta Daerah Kecil Sebauh

Keluasan 2,032 batu persegi
Kedudukan 44 km bandar Bintulu
Bilangan Penduduk 21,754 (tahun 2000)
Kegiatan Ekonomi Pertanian (70%), Pembalakkan (25%), Bekerja Sendiri (5%)
Kemudahan Asas Bekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (11), Sekolah Menengah (1), 3 Klinik kesihatan dan Perpustakaan awam dan Balai Raya
Perhubungan Utama Perjalanan darat (Bas, Van dan Kenderaan sendiri)
Agensi Kerajaan Pejabat Daerah Kecil Sebauh, Jabatan Pertanian, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perhutanan, Lembaga Kemajuan Bintulu, Jabatan Kerja Raya, Pos Malaysia, Telekom Malaysia dan SESCO
ADUN / MP Dato Sri Tiong King Sing (P.190 Bintulu)
Dr Stephen Rundhee Ak Utom (N.52 Kemena)

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998