A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
 

Pindaan Undang-undang Kanun Tanah (Bab 81) 2000:
Pertahan Hak Pemilik

Perkembangan terbaru berkaitan pindaan terhadap Kanun Tanah (Bab 81) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu adalah usaha menaikkan nilai Tanah Adat Bumiputera (NCR) serta menjamin hak kaum Bumiputera melalui satu proses pendaftaran formal yang sempurna.

Ia adalah satu pindaan yang lengkap dan menyeluruh dalam usaha berkaitan memberi jaminan hak rakyat ke atas tanah NCR agar terpelihara sepenuhnya.

Ini dibuktikan melalui pindaan dan pembaharuan beberapa seksyen di bawah Seksyen 7, seperti mengadakan usaha Pendaftaran Hak Bumiputera (Seksyen 7a); perpindahan pewarisan pemilikan tanah NCR (Seksyen 7b); hak melakukan pembetulan bagi mereka yang tidak berpuas hati berkaitan hak mereka atas sebab keputusan pihak pendaftar (Seksyen 7c) dan jaminan hak sepenuh untuk individu tertentu yang dinamakan sebagai pemilik dalam surat pendaftaran tanah berkenaan (Seksyen 7d).

Berikutan pindaan itu, antara lain pemilik tanah NCR perlulah mendaftarkan tanah mereka di Jabatan Tanah dan Survei yang mana dengan ini tanah NCR akan mempunyai nilai yang lebih tinggi dan usaha pembangunannya boleh dilakukan dengan lancar tanpa menjejaskan hak pemilikan tanah tersebut.

"Kita harus mempertahankan tanah hak adat Bumiputera secukupnya," kata Ketua Menteri. Beliau juga menegaskan bahawa tujuan utama pindaan itu adalah bagi menentukan pemilik tanah berkenaan serta jaminan bahawa tanah NCR itu akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Dengan ini tanah yang dipegang oleh kaum Bumiputera akan mampu menjadi aset dan tidak seperti sekarang di mana tanah NCR tidak mempunyai nilai yang tinggi kerana tiada surat hak milik dan juga tidak didaftarkan.

Menurut Ketua Menteri, dengan cara ini proses pembangunan sesuatu kawasan tanah NCR itu akan bertambah mudah. Kalau tanah itu didaftarkan, sekurang-kurangnya pendaftaran itu boleh memberi gambaran satu ketetapan bahawa tanah itu akan mempunyai pemilik.

Konsep pemilikan Bumiputera ke atas tanah selepas pindaan ini akan lebih menyakinkan kerajaan serta sektor swasta yang mungkin terbabit dalam usaha membangunkan ratusan ribu hektar tanah NCR berkenaan dengan cara yang lebih moden sesuai dengan perkembangan semasa.

Laporan Jabatan Tanah dan Survei menunjukkan terdapat 1,628,699 hektar tanah NCR di negeri ini, iaitu meliputi 13 peratus daripada keseluruhan keluasan Sarawak. Bahagian Kapit mempunyai kawasan yang paling luas iaitu 457,255 hektar dan diikuti oleh Bahagian Sibu (269,998 hektar).

Disember tahun lalu dilaporkan sebanyak 12,539.40 hektar tanah NCR telah pun dirancang akan dibangunkan dibawah pelan pembangunan tanah NCR.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998